
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat mengagalkan cubaan sekumpulan pendatang tanpa izin (PTI) daripada memasuki negeri ini secara haram, petang Isnin lepas.
Kesemua 35 orang disyaki warganegara Filipina tersebut ditahan APMM bersama dua bot pancing yang dinaiki mereka.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua bot tersebut membawa 43 orang termasuk wanita dan kanak-kanak berumur dua hingga 55 tahun.
Maurice berkata, daripada jumlah tersebut, 35 orang disyaki warganegara Filipina yang mempunyai dokumen pengenalan diri meragukan, manakala lapan lagi warga tempatan.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Menurut Maurice, bot pertama ditahan di kedudukan 7.6 batu nautika dari Tanjung Simpang Mangayau, manakala bot kedua ditahan di 6.6 batu nautika dari Pulau Kalutan, Balambangan.
Katanya, kedua-dua bot tersebut disyaki bergerak dari Pulau Tawi-Tawi menuju ke Kota Kinabalu, dengan k Kes disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007, Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002.
Jelas Maurice, hasil maklumat perisikan yang diperolehi dan bantuan pengesanan oleh Sistem Pengawasan Laut (Swasla) Sabah APMM, dua buah bot ronda dari Zon Maritim Kudat yang sedang melakukan rondaan Op Tiris, Op Pluto Timur, Op Khas Pagar Laut mengesan dua bot pancing yang mencurigakan itu di sekitar perairan Kudat.
Zon Maritim Kudat menyeru masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
