APMM tumpaskan cubaan seludup keluar barang kawalan di Kudat

6 Apr 2024 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kudat berjaya menggagalkan cubaan seludup keluar pelbagai barang kawalan ke Filipina oleh tiga suspek termasuk seorang warga tempatan.

Ketiga-tiga suspek, iaitu dua warga Filipina berumur lingkungan 20 hingga 51 tahun itu menaiki sebuah bot yang membawa pelbagai jenis barang kawalan termasuk beras bersubsidi 6000 kilogram (kg) ditahan pada Khamis lepas.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak berdasarkan maklumat risikan, kira-kira pada jam 3 pagi, bot ronda Zon Maritim Kudat yang pada ketika itu sedang melaksanakan rondaan Op Tiris / Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan Kudat segera diatur gerak ke lokasi sekitar 1.0 batu nautika barat laut Pulau Guhuan, Banggi.

Maurice berkata, setibanya di lokasi, sebuah bot telah dikesan sedang bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju ke kawasan perairan sempadan Filipina.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Katanya, semasa cuba merapat untuk pemeriksaan, bot terbabit cuba meloloskan diri dan enggan memberi kerjasama terhadap arahan yang diberikan.

“Bot suspek kemudiannya berjaya dihentikan di kedudukan kira-kira 1.8 batu nautika barat laut Pulau Guhuan, Banggi dan hasil pemeriksaan yang dilakukan, menemukan 120 guni (6000kg) beras bersubsidi, 200 guni (5000kg) baja Uria, 209 kotak tepung gandum, 15 guni gula (360kg) dan 25 unit tong gas (14kg setiap tong).

“Kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan seterusnya ditahan untuk siasatan lanjut dan nilai keseluruhan rampasan termasuk bot dianggarkan lebih RM180,000,” dan menambah, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63 serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga sabah 2002.

Jelas Maurice, APMM memandang serius terhadap aktiviti penyeludupan khususnya barang kawalan yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini dan pihaknya tidak akan berkrompomi terhadap mana-mana kegiatan jenayah di laut dan harus diambil tindakan undang-undang yang tegas.

Masyarakat khususnya komuniti maritim di Kudat diminta untuk sama-sama membantu APMM dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut di 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.