APMM gagalkan cubaan seludup 800kg ikan bilis kering

LocalPolitics
14 Sep 2024 • 3:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup kira-kira 800 kilogram ikan bilis kering ke negara jiran di perairan Sandakan, baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot peronda APMM mengesan sebuah kapal dalam keadaan mencurigakan di 5.2 batu nautika timur laut Tanjung Pamaguan menuju ke Pulau Taganak pukul 1.25 petang hari kejadian.

Apabila diperiksa, katanya, mereka mendapati ia dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak, masing-masing, 35 dan 56 tahun, dengan kedua-duanya warga asing.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam kapal menemui 13 guni berisi ikan bilis kering dengan anggaran berat 800 kilogram dipercayai untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina.

SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Nilai rampasan termasuk ikan bilis kering, enjin sangkut dan kapal dianggarkan berjumlah lebih RM48,000,” katanya dalam kenyataan, di sini, Jumaat.

Katanya, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat.

“Kes disiasat di bawah Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kerana membawa keluar ikan bilis kering untuk tujuan eksport tanpa lesen yang sah.

“Ini merupakan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 kerana melanggar syarat sah lesen. Selain itu, suspek juga disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri meragukan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhammad Suhairy berkata APMM mengalu-alukan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di 089-229504 atau talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.