APMM lupus 90 bot nelayan asing di Kelantan

27 Oct 2023 • 4:05 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah melupuskan 90 bot nelayan asing (BNA) yang dirampas kerana menceroboh perairan negara di Kelantan sejak 2015 hingga tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM Mohd Norzam Mustafa berkata proses pelupusan itu dilakukan selepas bot-bot berkenaan dilucut hak oleh mahkamah.

“Ada tiga lagi bot nelayan asing di Tok Bali, Pasir Puteh yang masih dalam proses mahkamah dijangka dilupuskan tahun ini.Tindakan melupuskan bot dilakukan bagi memberi amaran serta memastikan perairan negara kita bebas daripada dicerobohi oleh nelayan warga asing,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses penenggelaman BNA bersama tukun tiruan di perairan Kuala Besar, di sini, dan turut hadir ialah Pengarah APMM Kelantan Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman serta Pengurus Besar Kanan Aset Semenanjung Malaysia Petronas Carigali Sdn Bhd Hafiz Azzad Zubir.

Mohd Norzam berkata proses penenggelaman hari ini dilaksanakan dengan kerjasama Petronas.

“Program ini mencacat sejarah dalam Malaysia Book of Records apabila diiktiraf sebagai First Fishing Vessel with Artificial Concrete Reef berikutan berjaya melupuskan bot nelayan asing bersama tukun tiruan di perairan Kuala Besar” katanya. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved