
KUDAT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua buah bot pancing dikendali enam nelayan terdiri daripada empat nelayan asing dan dua nelayan tempatan yang membawa muatan pelbagai hasil laut spesies terancam pada Rabu lepas.
Susulan penahanan tersebut, APMM telah merampas pelbagai jenis hasil laut yang telah dikeringkan termasuk penyu dan ikan buntal serta kedua-dua kapal dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan sebanyak RM1.5juta.
Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Maurice Grenville Abeyeratne berkata, bertindak berdasarkan maklumat risikan yang diterima, dua bot berkenaan telah dikesan aset ronda daripada Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Kapal Maritim Ikhlas ketika melaksanakan operasi kira-kira pada jam 12.35 petang di lokasi lebih kurang 58 batu nautika Barat Laut Simpang Mengayau, Kudat.
Menurut Maurice, siasatan awal mendapati sejumlah 35 karung berisi ikan buntal dianggarkan lebih kurang 630kg, 76 karung kerang kering (kima), dianggarkan seberat 1,368kg, 39 karung dan 14 buah kotak penyu kering dianggarkan seberat 865kg, dua karung siput kering (kahanga), dianggarkan 30kg, satu karung kuda laut, sirip ikan yu satu karung dan ikan beku (maming napoleon) enam kotak (satu kotak berisi 25 ekor).
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Tambah beliau, sebuah lagi bot yang diperiksa didapati membawa muatan lebih kurang 2,100kg kerang kering (kima) dan ikan buntal kering dianggarkan sejumlah 375kg.
Katanya, pemeriksaan terhadap bot pertama mendapati, terdapat dua individu warga Filipina dan seorang warga Indonesia yang mengendalikan bot berkenaan berumur lingkungan 37 hingga 52 tahun, manakala sebuah lagi bot dikendalikan oleh dua orang warga tempatan masing-masing berumur 50 dan 57 tahun serta seorang warga Filipina berumur 45 tahun.
Jelas beliau, susulan itu, kesemua suspek bersama bot dan barang rampasan ditahan dan dibawa ke jeti untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Kudat bagi tindakan selanjutnya, katanya.
Maurice berkata, disiasat di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008, Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997, Akta Perikanan 1985, Akta Kastam 1967, Akta Imigresen 1959/1963 kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri meragukan serta Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 dan Peraturan-peraturan Pelabuhan dan Dermaga 2008 awak-awak gagal menunjukan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
Zon Maritim Kudat memohon kepada masyarakat khususnya komuniti maritim membantu pihak agensi dengan melaporkan sebarang salah laku atau kegiatan jenayah yang berlaku di laut kepada Maritim Malaysia di talian 088-611858 (Pusat Operasi Kudat) dan talian MERS 999 yang beroperasi 24 jam.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
