APMM rampas katrij dadah ‘piu piu’ bernilai RM160,000 di Batu Pahat

5 Sep 2026 • 2:34 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: APMM rampas katrij dadah ‘piu piu’ bernilai RM160,000 di Batu Pahat

Sampel cecair vape terbabit akan dihantar ke makmal untuk analisis pengesahan kandungan dadah.

JOHOR BAHRU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas 600 katrij vape disyaki mengandungi cecair dadah yang dikenali sebagai “piu-piu” bernilai RM160,000 di perairan Senggarang, dekat Batu Pahat semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Zaini Zainal berkata pihaknya mengesan sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan pada 12 tengah malam, namun suspek berjaya melarikan diri bersama bot berkenaan selepas dikejar bot peronda.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan sebuah beg berwarna hitam mengandungi dadah berkenaan yang ditinggalkan di kawasan berbatu di tepi sebuah pantai.

“Kesemua barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Zon Batu Pahat untuk tindakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Mohammad Zaini berkata sampel cecair vape terbabit akan dihantar ke makmal untuk analisis pengesahan kandungan dadah.

Dalam pada itu, beliau berkata orang awam serta komuniti maritim diseru supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di laut bagi membanteras kegiatan jenayah serta menjamin keselamatan perairan negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved