
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) menahan sebuah bot yang disyaki terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan secara haram di perairan Tanjung Tabu-Tabu, di sini.
Pengarah Zon Maritim Semporna Komander Maritim Amir Shubli, berkata bot itu ditahan pada 25 Februari dalam operasi Op Pluto Timur.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata, pemeriksaan ke atas bot itu menemukan tiga kotak mencurigakan.
“Semasa operasi, pasukan kami menghampiri bot itu untuk pemeriksaan. Namun, suspek bertindak melarikan diri dengan terjun ke dalam air sebelum menghilangkan diri ke kawasan paya bakau.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Hasil pemeriksaan ke atas bot yang tidak mempunyai nombor pendaftaran itu menemui tiga kotak berisi pelbagai jenis terumbu karang yang dipercayai diperoleh secara haram,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Pihak Maritim, katanya, sedang mengesan dalang di sebalik aktiviti ini, sambil menambah, nilai rampasan dianggarkan melebihi RM13,000. Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, tambahnya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Dalam pada itu, Amir berkata Maritim memandang serius aktiviti seperti ini kerana ia boleh menjejaskan ekosistem.
Oleh itu, katanya, pihak Maritim akan mempertingkatkan lagi penguatkuasaan dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau juga menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di perairan negara supaya menyalurkan maklumat dengan menghubungi 999 atau Zon Maritim Semporna di 089-782521 untuk tindakan segera.


