APMM Syor Mohd Roshaimi Dinaikkan Pangkat Secara Anumerta

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 10:28 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

APMM Syor Mohd Roshaimi Dinaikkan Pangkat Secara Anumerta

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengemukakan syor kenaikan pangkat secara anumerta (posthumous) kepada Laskar Kanan Teknikal Maritim Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan yang terkorban ketika bertugas di perairan Kuala Sungai Padang, Perlis, bulan lepas.

Ketua Pengarah APMM Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, langkah itu sebagai penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan Allahyarham.

Tambah beliau, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam pertimbangan mengenai perkara itu selepas APMM telah mengemukakan syor berkenaan.

APMM Syor Allahyarham Naik Pangkat Secara Anumerta

"Pengorbanan Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga Maritim Maritim Malaysia. Beliau telah membuktikan bahawa amanah menjaga keselamatan perairan negara menuntut keberanian, ketabahan dan pengorbanan yang tidak ternilai.

"Semangat serta jasa Allahyarham akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada perjuangan warga Maritim Malaysia dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan negara," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu menghadiri Program Hari Bersama Media Maritim Malaysia Tahun 2026 bersama 36 pengamal media yang berlangsung di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang hari ini.

Terdahulu, seorang anggota APMM dilaporkan terkorban manakala tiga lagi cedera sewaktu menjalankan tugas dalam operasi di perairan Kuala Sungai Padang, Perlis 27 Oktober lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved