
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah bot nelayan tempatan bersama lima awak-awak tanpa dokumen sah di selatan Pulau Berhala pada Ahad lepas.
Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, bot tersebut ditahan di kedudukan 0.4 batu nautika Selatan Pulau Berhala pukul 6.40 petang.
“Hasil pemeriksaan mendapati tekong dan dua awak-awak warga Indonesia mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah.
“Sementara itu lima lagi berumur 18 hingga 34 tahun disyaki Palauh mengemukakan dokumen pengenalan diri yang meragukan,” katanya dalam kenyataan.
SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more Kesemua suspek serta bot dibawa ke Jeti Zon Maritim Sandakan untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu, Suhairy turut mengingatkan komuniti maritim sentiasa bekerjasama dengan Maritim Malaysia dalam menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti menyalahi undang-undang atau kecemasan di laut dengan menghubungi terus bilik operasi 24 jam Zon Maritim Sandakan di 089-229504 atau talian MERS 999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
