APMM tahan kapal berlabuh tanpa kebenaran di perairan Kemaman

15 Oct 2023 • 6:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kemaman, menahan sebuah kapal dari Panama yang cuba berlabuh di perairan Kemaman tanpa kebenaran, Jumaat lepas.

Pengarah Zon Maritim Kemaman Komander Maritim Rashidilhadi Abdul Rashid berkata kapal yang membawa 20 penumpang termasuk kru warga tempatan dan nahkoda warganegara Mexico itu, ditahan kira-kira pukul 4.45 petang di kedudukan 2.5 batu nautika dari Kuala Kemaman.

“Pemeriksaan mendapati kesemua kru termasuk nahkoda kapal yang berusia antara 20 hingga 52 tahun memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan dibawa ke pejabat Maritim Zon Kemaman untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata APMM akan terus mempertingkat kawalan dan rondaan di perairan negeri bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara serta negara terjamin. - Bernama