APMM Terengganu tahan bot nelayan asing, rampas hasil laut RM1.5 juta

1 Jun 2023 • 11:50 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan sebuah bot nelayan asing Vietnam dan merampas hasil laut bernilai RM1.5 juta di kedudukan jarak 116 batu nautika dari muara Kuala Terengganu, pada petang Selasa.

Pengarah APMM Terengganu Kepten Maritim Khairulanuar Abd Majid berkata bot tersebut ditahan dalam oeprasi pada 1.20 tengah hari dan pemeriksaan ke atas bot mendapati 20 nelayan termasuk tekong dan kru berusia 18 hingga 49 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Beliau berkata ketika ditahan nelayan tersebut cuba melarikan diri ke sempadan perairan Vietnam tetapi berjaya ditahan.

“Tekong gagal menunjukkan sebarang kebenaran atau lesen menangkap ikan di perairan Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairulanuar berkata kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen yang sah.

Beliau turut menasihati komuniti maritim tempatan supaya melaporkan sebarang perlakuan melanggar undang-undang dan kejadian kecemasan yang berlaku di perairan negara ke talian MERS 999. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved