
LAHAD DATU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan menyeludup 1,870kg minyak masak kira-kira 0.5 batu nautika di selatan perairan Felda Sahabat pada Khamis.
Pengarah Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Nik Mohd Rizam Nik Mohd Fauzi berkata, sepasukan penguatkuasa telah memintas dua bot yang kelihatan mencurigakan.
Beliau berkata, sebaik menyedari kehadiran anggota penguatkuasa, tekong dan anak kapal dua bot itu melarikan diri dengan terjun ke dalam laut.
“Pemeriksaan bot menemukan minyak masak itu, yang dianggarkan bernilai RM52,903 termasuk RM8,228 subsidi ditanggung kerajaan,” katanya.
Nik Mohd Rizam berkata, barang rampasan itu diserahkan kepada Unit Siasatan Zon Maritim Lahad Datu untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.
Tambahnya, pihaknya akan meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membendung kegiatan haram dan jenayah di perairan Lahad Datu, dan menggesa orang ramai menyalurkan maklumat atau aduan dengan menghubungi 089-885727 atau MERS999.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
