
Apple sedia beberapa kali diperkatakan akan memperkenalkan Apple AirPods, iaitu fon telinga mereka yang hadir bersama-sama dengan kamera terbina. Kini, mengikut laporan Bloomberg, Apple menyasarkan untuk memasarkan peranti ini pada penghujung 2027 kelak.
Apple AirPods bersama kamera ini dijangka dipasarkan selari dengan ulang-tahun ke-20 untuk iPhone. Melalui integrasi kamera, ia dijangka boleh memahami persekitaran dan berkomunikasi dengan pengguna berkenaan dengannya. Peranti ini juga dijangka dipasarkan sebagai peranti AI oleh Apple.
Selain AirPods dengan kamera, Apple juga dijangka memperkenalkan iPhone boleh lipat pada penghujung 2027 kelak. Maklumat penuh berkenaan dengan kedua-dua peranti ini masih tidak diketahui. Namun, Apple Intelligence dijangka memainkan peranan penting pada kedua-dua peranti ini kelak.


