Apple iPad 10 dilancarkan pada tiga tahun lepas dan sehingga hari ini Apple hanya menjual iPad dengan sambungan USB-C. Model penggantinya dijangka akan dilancarkan pada bulan April nanti bersama-sama dengan iPhone SE baharu dan iPad 11 ini dijangka turut akan menawarkan spesifikasi padu.

Pertama, iPad 11 dikatakan akan dijana cip A17 Pro yang sama pada iPhone 15 Pro untuk sokongan Apple Intelligence. iPad 11 turut akan menggunakan sambungan USB-C dan menyokong Apple Pencil asas yang menggunakan USB-C. Memori juga dijangka akan mengikuti iPad Air iaitu 8GB RAM.
Apple juga dikatakan akan memperkenalkan Magic Keyboard baharu untuk iPad kelas asas, bagi membezakan dengan Magic Keyboard pada iPad Air dan iPad Pro. Jika ini adalah spesifikasi iPad model asas, ia akan menjadi tablet paling berkuasa dengan harga yang dahsyat.
