Apple Akan Mulakan Rakaman Gambar Jalan Di Malaysia Bermula Esok – Untuk Apple Maps Look Around

TechnologyDigital
9 Nov 2023 • 2:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Maps mempunyai ciri melihat rakaman gambar panoramik 360-darjah, sekaligus memberikan pengalaman seumpama Google Street View, dinamakan sebagai Look Around. Selepas terhad di beberapa negara, kini Apple mengumumkan akan memulakan rakaman di Malaysia untuk ciri berkenaan bermula esok, 10 November 2023.

image is not available

Mengikut jadual yang dipaparkan oleh Apple, mereka akan memulakan rakaman bermula di Selangor, dan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat. Keseluruhan rakaman di Malaysia dijangka akan tamat pada 25 Julai 2024 kelak, berakhir di Sarawak.

image is not available

Hasil rakaman ini akan dihimpunkan untuk digunakan pada ciri Look Around yang dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna tempatan dengan sokongan peta Malaysia selepas segalanya dihimpunkan kelak.

Apple menyatakan mereka akan mengumpulkan data pemetaan ini dalam sejumlah kaedah, termasuk menggunakan kenderaan yang bergerak di jalan raya untuk rakaman data.

Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan kenderaan Apple Maps berlegar di jalan raya Malaysia, disamping pelbagai wakil Apple yang akan mengumpulkan data dalam menambah-baik sistem pemetaan Apple Maps.