Apple Akan Tambah Lebih Banyak Paparan Iklan Pada Carian Di AppStore

TechnologyDigital
18 Dec 2025 • 10:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple hari ini mengumumkan mereka akan menambah lebih banyak peluang pengiklanan pada App Store menjelang 2026, sekaligus memberikan petanda lebih banyak iklan akan dipaparkan pada hasil carian dan pelbagai halaman lain di Apple App Store.

Seperti ramai sedia maklum, App Store menjadi pusat sehenti untuk pengguna Apple mendapatkan aplikasi dan perisian – tidak kira untuk macOS, iOS mahupun iPadOS. Menurut Apple, sekitar 800 juta orang mengunjungi App Store setiap minggu, dan semestinya ramai bersaing antara satu sama lain untuk mengetengahkan aplikasi masing-masing.

Apple sedia menjana pendapatan yang tinggi melalui pengiklanan dan juga perkhidmatan. Semestinya pelbagai kaedah dilihat untuk memaksimakan pendapatan mereka melaluinya. Apple mengatakan peluang pengiklanan baharu ini akan hadir melalui kemaskini iOS 26.2 yang dijadualkan pada 2026 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved