Aplikasi Apple TV Di Android Kini Menyokong Google Cast

TechnologyDigital
16 Dec 2025 • 2:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Aplikasi Apple TV untuk peranti Android dikemaskini hari ini dengan membawakan sokongan Google Cast. Apabila aplikasi dibuka, ikon Cast akan dapat dilihat pada bucu atas kanan aplikasi. Ini adalah kali pertama ciri Cast disokong kerana salam ini ciri menyiarkan kandungan daripada aplikasi ke TV hanya disokong menggunakan AirPlay.

image is not available

Untuk menggunakan ciri baharu ini, sila kemas kini aplikasi ke versi terkini di Play Store. Walaupun platform penstriman Apple TV (dahulunya Apple TV+) dilancarkan pada tahun 2019, ia hanya boleh dimuat turun telefon dan tablet Android pada Februari tahun ini dengan sokongan Android TV diberikan sejak 2021.

Kerana sokongan aplikasi yang terhad ini, jumlah pelanggan Apple TV adalah lebih rendah berbanding Netflix, HBO Max, Prime Video dan Disney+. Laporan terkini oleh Cloudflare hari ini tidak menyenaraikan langsung Apple TV sebagai antara 10 aplikasi penstriman video dengan trafik tertinggi 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved