Apple akui ada pemanasan luar biasa iPhone 15, salah satu berpunca daripada iOS 17

Digital
2 Oct 2023 • 8:44 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Siri Apple iPhone 15 telahpun mula dijual minggu lepas dan sudahpun mula kedengaran rungutan daripada pengguna awal tentang produk tersebut, Apple menerusi kenyataan media mengambil maklum tentang masalah iPhone 15 yang beroperasi pada paras yang lebih suam daripada biasa dan mereka telah mengenal pasti punca masalah tersebut.

Pihak mereka mengatakan yang isu kepanasan luar biasa itu adalah gabungan beberapa punca seperti pepijat dalam sistem operasi iOS 17, pepijat dalam palikasi pihak ketiga, dan peningkatan aktiviti di bahagian latar secara sementara selepas iPhone 15 diaktifkan.

Antara penambahbaikkan yang akan dilakukan adalah menerbitkan kemas kini perisian bagi membasmi isu tersebut dan mereka menolak kaitan cip pemproses 3nm A17 Pro dan penggunaan titanium sebagai punca kepada isu iPhone 15 gagal menangani haba yang terhasil pada komponen eleltronik.

Penganalisis pasaran, Ming-Chi Kuo menerusi tinjauan yang dilakukan mengatakan yang isu hangat ini mungkin berpunca daripada kompromi yang dilakukan Apple pada segi rekaan komponen kawal selia haba untuk memastikan iPhone 15 berada dalam berat yang optimum. Pendapat ini agak masuk akal kerana iOS 17 sudahpun diedarkan di iPhone 14 dan sebelumnya dan kita masih belum mendengar apa-apa rungutan tentang haba daripada pengguna-pengguna model terdahlu.

Harga iPhone 15 dan iPhone 15 Pro di Malaysia

Berbanding pelancaran siri iPhone 14, harga semua model iPhone 15 di Malaysia telah naik RM200. Malah, Apple telah menghapuskan storan 128GB untuk iPhone 15 Pro Max, menjadikan harga terendahnya lebih mahal iaitu storan 256GB.

Berikut adalah harga rasmi siri iPhone 15 di Malaysia

iPhone 15 6.1″

128GB RM4,399
256GB RM4,899
512GB RM5,899

iPhone 15 Plus 6.7″

128GB RM4,899
256GB RM5,399
512GB RM6,399

iPhone 15 Pro 6.1″

128GB RM5,499
256GB RM5,999
512GB RM6,999
1TB RM7,999

iPhone 15 Pro Max 6.7″

256GB RM6,499
512GB RM7,499
1TB RM8,499

Sumber: CNBC, Medium