Apple App Store Versi Web Akhirnya Dilancarkan

TechnologyDigital
4 Nov 2025 • 6:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Stor aplikasi Apple App Store kini akhirnya boleh diakses terus daripada pelayar web. Sebelum ini jika App Store cuba diakses, pengguna diberikan pautan kepada aplikasi yang kemudian membuka aplikasi App Store di peranti Apple milik mereka. Menerusi App Store versi web, pengguna boleh melakukan carian aplikasi dengan lebih mudah.

image is not available

Tab sisi kiri mempunyai pintas untuk aplikasi untuk iPhone, iPad, Mac, Vision, Watch dan TV. Ia turut memaparkan saranan aplikasi yang perlu dipasang pada peranti berdasarkan sistem operasi yang digunakan. Carta aplikasi popular turut boleh dilihat menerusi antaramuka baharu ini.

Dengan keseluruhan App Store boleh diakses menerusi web, carian aplikasi tertentu juga menjadi murah. Mereka yang tidak mempunyai peranti Apple turut boleh melihat apa yang ditawarkan tanpa kekangan tiada peranti seperti sebelum ini.