
Selepas bertahun menjadi tanda tanya, akhirnya Apple dilapor sedang menguji prototaip pertama bagi fon lipat mereka iaitu iPhone Fold.
Ujian tersebut dikatakan telah bermula pada Jun lepas dan bakal selesai pada penghujung tahun ini.
Menurut laporan Fuzz.my, iPhone Fold dijangka akan dilancarkan serentak bersama siri iPhone 18 pada September 2026 ini.
Spesifikasi iPhone Fold ‘power’ gila!

Antara spesifikasi yang paling mencuri tumpuan adalah skrin utama 7.8-inci OLED dari Samsung, kamera bawah skrin (tiada lagi notch), Touch ID di sisi menggantikan Face ID, ketebalan hanya 9.0mm – 9.5mm bila dilipat dan binaan titanium dengan engsel canggih liquid metal.
Harga iPhone Fold cecah hampir RM11k!

Kalau korang fikir iPhone biasa dah mahal, iPhone Fold ini dijangka akan dijual pada harga bermula $2100 (sekitar RM9,900) dan boleh mencecah sehingga $2300 (sekitar RM10,800).
Bila Apple masuk ke pasaran telefon pintar boleh lipat ni, ia akan bersaing dengan jenama besar lain seperti Samsung Galaxy Z Fold dan Huawei Mate X.
Kalau ikut trend Apple, mungkin mereka akan hadir dengan fungsi eksklusif yang buat pengguna rasa wajib naik taraf, walaupun kena ‘korek’ tabung. Kah!
Pssttt! Teknologi bergerak pantas, tapi kewangan pun kena bijak urus. Jangan sebab nak iPhone Fold sampai makan Maggi je hujung bulan!
Kredit: Fuzz.my
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
The post
appeared first on
.

