Ini Ialah Rekaan Samsung Galaxy G Fold Dengan Skrin Tri-Lipat

TechnologyDigital
4 Jul 2025 • 9:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sedang membangunkan peranti skrin tri-lipat yang dipecayai akan menggunakan nama Galaxy G Fold. Ia adalah berdasarkan imej acah yang dikongsi ketika acara Unpacked dan beberapa prototaip yang diperlihatkan oleh Samsung Display. Semalam rekaan Galaxy G Fold akhirnya tertiris menerusi binaan terkini One UI 8 dan ditemukan oleh laman Android Authority.

image is not available

Animasi untuk beberapa ciri yang akan disokong One UI 8 menujukan sebuah peranti tri-skrin. Yang menariknya di sini ialah Samsung tidak mengikut rekaan Huawei Mate XT. Dua “sayap” skrin kanan dan kiri Galaxy G Fold boleh dilipat ke dalam. Di bahagian luar masih terdapat skrin sekunder. Anda boleh bayangkan Galaxy G Fold adalah sama seperti Z Fold tetapi dengan satu tingkap tambahan. Malahan prototaip skrin ini diperlihatkan sebagai G Flex awal tahun ini.

image is not available

Rekaan yang dipilih Samsung ini mungkin yang paling selamat dan praktikal. Di China pengguna awal Mate XT melaporkan isu skrin rosak kerana rekaan tiga skrin ditarik ke luar. Salah satu bucu skrin lipat akan terdedah sepanjang masa. Dengan satu skrin lipat dan satu skrin luar, Samsung dapat mengelakkan isu ini berlaku di Galaxy G Fold.

image is not available
Huawei Mate XT

Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 akan dilancarkan di acara Unpacked pada 9 Julai. Besar kemungkinan Galaxy G Fold akan dilancarkan di acara tersebut atau sekurang-kurangnya diacah seperti mana Galaxy Ring dan S25 Edge diacah seperti dilancarkan beberapa bulan selepas itu.