Apple Bakal Perkenal Apple Health+ Pada Tahun Hadapan – Pembimbing Kesihatan Dikuasakan AI

TechnologyHealth & Fitness
25 Aug 2025 • 7:39 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan melalui langganan, Apple sedang melihat untuk menawarkan beberapa perkara baharu, dan salah satunya adalah Apple Health+. Ciri ini akan ditawarkan dalam bentuk langganan, lebih kurang seperti perkhidmatan Apple Music dan Apple TV+.

image is not available

Apple Health+ ini akan memfokuskan kepada penawaran kesihatan, dengan pelbagai ciri tambahan berbanding Apple Health sedia ada. Menurut Bloomberg, ia akan menawarkan perkhidmatan pembimbing kesihatan berasaskan kecerdasan buatan.

Tidak setakat itu, ia juga akan mencadangkan pengambilan nutrisi atau makanan berdasarkan kepada data anda, selain sejumlah cadangan kesihatan dan perubatan.

Buat masa ini, harga langganan dan ciri penuhnya tidak diketahui lagi. Ia juga akan turut melengkapkan lagi penawaran Apple sebagai penyedia perkhidmatan memfokuskan kesihatan dan kecergasan, selepas penawaran Apple Fitness+ sebelum ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved