xAI Menawarkan Grok 2.5 Dalam Bentuk Sumber Terbuka, Grok 3 Dalam 6 Bulan Lagi

TechnologyDigital
24 Aug 2025 • 10:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

xAI, syarikat memfokuskan kecerdasan buatan milik Elon Musk, hari ini telah mula menawarkan model Grok 2.5 dalam bentuk sumber terbuka, sekaligus membolehkan para pembangun melihat pada kod sumbernya. Kod untuknya kini ditawarkan melalui HuggingFace.

xAI menawarkan ia dibawah lesen “Komuniti Grok 2”, yang hadir dengan beberapa had terhadap penggunaan komersil, termasuk dari segi penggunaannya dalam melatih model lain. Bagi anda yang berminat menggunakannya, boleh menyemak lesen yang ditawarkan melalui laman HuggingFace.

Selari pengenalan ini juga, Elon Musk mengatakan akan menawarkan model Grok 3 dalam bentuk sumber terbuka sekitar 6 bulan lagi. Untuk makluman, versi semasa Grok adalah Grok 4 yang ditawarkan kepada pengguna melalui aplikasi Grok dan juga X.