Apple Beats Studio Buds+ Kini Tersenarai Di Malaysia Pada Harga RM699 – Boleh Diguna Bersama Android

TechnologyDigital
19 May 2023 • 10:45 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple Malaysia kini telah menyenaraikan sebuah lagi fon telinga nirwayar terbaru untuk pasaran tempatan, iaitu Beats Studio Buds+. Ia kini disenaraikan sebagai akan datang untuk pasaran tempatan, dan disenaraikan pada harga RM699.

image is not available

Fon telinga nirwayar ini hadir dengan rekaan yang kemas, menyertakan ciri seperti pembatalan hinggar aktif, dan juga Transparency Mode. Ia turut boleh digunakan bersama pelbagai ciri Apple, termasuk Hey Siri dan juga Find My. Disamping itu, fon telinga ini turut boleh diguna bersama-sama peranti Android.

image is not available

Beats Studio Buds+ hadir dengan penggunaan bateri sehingga 36 jam lamanya bersama bekas. Untuk sekali penggunaan, ia menawarkan masa penggunaan sehingga 9 jam. Ia turut menggunakan pengecas berasaskan USB-C.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Beats Studio Buds+ ini akan dijual secara rasminya di Malaysia.