Apple beri pengecualian khas, Twitter dibenar guna X di App Store

Technology
1 Aug 2023 • 10:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Majoriti mengetahui yang Twitter kini dijenamakan semula kepada hanya "X". Rentetan daripada itu, usaha penjenamaan semula segala aset-aset sedang giat dijalankan pasukan pengendali platform media sosial itu. Salah satu yang menarik adalah aplikasi X di Apple App Store. Dilaporkan yang Apple sebelum ini tidak membenarkan aplikasi dinamakan dengan satu abjad sahaja.

image is not available

Walau bagaimanapun, ia tidaklah termaktub dalam polisi Apple kerana berdasarkan Tatacara Penilaian App Store perenggan 2.3.7 ada menyatakan yang panjang nama aplikasi tidaklah boleh melebihi 30 aksara dan tidak pula dinyatakan had minimum.

image is not available

Tibalah ke bahagian yang menarik. Akhirnya aplikasi Twitter di iOS berjaya dinamakan semula kepada X. Ia menunjukkan yang Apple memberi pengecualian untuk kes ini, mungkin disebabkan reputasi Elon Musk dan Twitter. Jadi, anda boleh lihat logo baharu di halaman perumah iPhone dan iPad anda.

image is not available

Proses pengambil alihan platform Twitter oleh Elon Musk tidaklah lancar. Hajat untuk mengambil alih pada nilaian RM191b (nilai RM waktu itu) telahpun diutarakan dalam bulan April 2022.

Selepas itu, ada ketikanya yang dia ingin menarik balik tawaran itu kerana tidak beroleh maklumat secukupnya untuk membuat keputusan kerana pihak Twitter tidak mendedahkan maklumat yang dimintanya.

Akhirnya, Twitter telah diambil alih Elon Musk dalam bulan Oktober 2022 lalu pada nilaian asal.

Sumber: 9to5Mac

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved