Aplikasi Twitter Untuk Android Kini Menggunakan Logo “X”

TechnologyDigital
27 Jul 2023 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Twitter telah dijenamakan semula kepada X minggu ini. Semalam akaun @Twitter berubah ke @X laman web, menggunakan logo baharu ini begitu juga dengan perkhidmatan lain yang ditawarkan mereka. Terbaru aplikasi Twitter untuk Android Beta juga mula menggunakan logo baharu “X” ini. Aplikasi yang masih di peringkat ujian ini turut membuang banyak lagi penjenamaan Twitter di dalamnya.

image is not available

CEO Twiter Linda Yaccarino, sebelum ini ada menyatakan yang platform media sosial X adalah ingin memfokuskan kepada interaktiviti tanpa had. Ini termasuk dengan audio, video, pemesejan, dan juga kewangan. Apakah pendapat anda mengenai perubahan nama dan logo Twitter kepada “X”? Apa pula kita akan panggil tweet selepas ini?