Apple Creator Studio Kini Boleh Dilanggan – Akses Ke Sejumlah Aplikasi Penyuntingan Kreatif Pada RM29.90 Sebulan

TechnologyBusiness & Finance
29 Jan 2026 • 4:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini telah mula menawarkan akses kepada Apple Creator Studio bagi pengguna di Malaysia, membolehkan pengguna melanggan dan menerima akses kepada sejumlah perisian penyuntingan kreatif dibawah Apple. Apple menawarkan langganan ini pada harga RM29.90 sebulan.

Apple Creator Studio menawarkan perisian seperti Final Cut Pro, Logic Pro, dan Pixelmator Pro pada Mac dan iPad. Perisian Motion, Compressor dan MainStage pada Mac. Disamping itu, ia turut menawarkan sejumlah kandungan premium tambahan untuk pengguna Keynote, Pages, Numbers dan juga Freeform.

image is not available

Dengan langkah ini, ia sekaligus ingin memposisikan penawaran sebagai alternatif kepada Adobe. Pada masa yang sama, secara tidak langsung Apple terus meningkatkan pendapatan mereka melalui penawaran langganan, dan pada masa yang sama membolehkan lebih ramai mengakses perisian kreatif Apple tanpa perlu mengeluarkan wang yang tinggi ketika pembelian.

Pengguna yang berminat boleh mendapatkan Apple Creator Studio ini pada harga RM29.90 sebulan atau RM299 setahun. Untuk pengguna pelajar pula, pelan ini ditawarkan pada harga RM9.90 sebulan atau RM99 setahun. Pengguna juga masih boleh mendapatkan pelbagai perisian dibawah langganan ini secara kendiri pada harga belian seperti biasa.