Apple Umum Apple Creator Studio Pada Harga RM29.90 Sebulan – Akses Kepada Pelbagai Aplikasi Kreatif

TechnologyBusiness & Finance
13 Jan 2026 • 11:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini mengumumkan sebuah penawaran baharu dinamakan Apple Creator Studio. Melaluinya, ia memberikan akses kepada pelbagai perisian dan aplikasi kreatif dibawah Apple, yang boleh dilanggan bulanan atau tahunan.

image is not available

Antara perisian atau aplikasi yang ditawarkan bersama adalah Final Cut Pro, Logic Pro, Pixelmator Pro, Motion, Compressor dan MainStage. Disamping itu, ia turut menyertakan kandungan tambahan untuk Keynote, Pages, Numbers dan Freeform. Apple Creator Studio ini akan ditawarkan melalui App Store bermula 29 Januari 2026 pada harga RM29.90 sebulan atau RM299 setahun.

Selain penawaran Apple Creator Studio, pengguna turut masih boleh membeli perisian seperti Final Cut Pro, Pixelmator Pro, Logic Pro, Motion, Compressor dan MainStage sebagai pembelian berasingan tanpa tertakluk kepada langganan.

Pengenalan penawaran ini juga dilihat selari perkembangan arena penerbitan kandungan yang semakin meningkat, dan ramai yang sedia mendapatkan produk Apple untuk tujuan penyuntingan kandungan. Langganan ini juga membolehkan pengguna menerima akses kepada pelbagai perisian, tanpa perlu mengeluarkan kos awal yang tinggi.

Untuk Apple sendiri, ini menambah satu lagi punca pendapatan berulang setiap bulan bagi mereka, dibawah Apple Services.