
Apple dan Intel kini dilaporkan telah mencapai kata persetujuan bersama, dimana Apple akan menggunakan fasiliti Intel dalam pengeluaran sejumlah cip yang menguasakan peranti-peranti Apple. Perbincangan antara kedua-dua pihak ini telah berlangsung sejak lebih setahun yang lepas, dan kini akhirnya mencapai kata putus bersama.
Kedua-dua pihak masih belum mengeluarkan kenyataan bersama lagi buat masa ini.
Mengikut ramalan ramai, Apple dijangka akan menggunakan Intel untuk mengeluarkan cip yang menguaskaan MacBook dan iPad terlebih dahulu, sebelum memperluaskan ia kepada pengeluaran cip iPhone. Kerjasama ini dijangka bermula seawal 2027 kelak.
Selain Intel, Apple turut dilaporkan sedang pertimbang untuk turut bekerjasama dengan Samsung untuk tujuan pengeluaran cip. Ini sekaligus memberikan Apple lebih pilihan untuk pengeluaran, berbanding hari ini yang bergantung sepenuhnya kepada TSMC.


