
Cip memori yang diperlukan untuk pusat data serta peranti pintar hanya dikeluarkan oleh tiga syarikat iaitu Micron, Samsung dan SK Hynix. Dengan permintaan melebihi bekalan, triniti kuasa besar pengeluar RAM global ini mencatatkan peningkatan pendapatan mendadak sejak dua suku lalu. Dalam situasi Samsung, ia melonjakkan menjadi syarikat kedua di Asia selepas TSMC mencapai nilai pasaran lebih $1 trilion

Kini Reuters melaporkan SK Hynix menerima pelbagai tawaran lumayan daripada syarikat teknologi utama dunia bagi memastikan mereka akan mendapat bekalan RAM. Nama syarikat teknologi tidak didedahkan tetapi antara tawaran yang diberikan ialah melabur untuk membina kilang fabrikasi RAM baharu dan membeli mesin litografi terkini ASML yang bernilai ratusan juta setiap satu.
Sungguhpun begitu SK Hynic pada waktu ini masih mengambil langkah tidak tertarik dengan tawaran yang diberikan. Ini kerana mereka tidak mahu kemudiannya diminta menjual RAM pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran semasa atau terpaksa memberikan komitmen yang tidak boleh dipenuhi.
Syarikat RAM global kini boleh meletakkan harga tinggi dan produk masih akan dapat dijual kerana permintaan yang hanya dijangka akan stabil menjelang 2028.





