Apple Dan NVIDIA Dilaporkan Ingin Melabur Pada OpenAI

TechnologyDigital
30 Aug 2024 • 7:12 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI sedia diperkatakan sedang dalam proses meraih dana pelaburan baharu, pada nilai syarikat mencapai lebih $100 bilion. Melalui pusingan suntikan dana baharu ini, antara syarikat yang diperkatakan akan menyertainya adalah Microsoft.

Tidak setakat itu, kini hadir laporan baharu mengatakan Apple dan NVIDIA turut ingin menyertai pusingan suntikan dana baharu pada OpenAI ini, sekaligus turut mempunyai pegangan pada syarikat tersebut.

Ini sekaligus akan membuatkan pelbagai syarikat terkemuka teknologi ini kini bersaing dalam mendapatkan pegangan masing-masing pada OpenAI.

Apple sedia sebelum ini mengumumkan akan mengintegrasikan ChatGPT pada produk iPhon dan macOS mereka. Sementara NVIDIA pula menerajui pasaran penawaran perkakasan yang menguasakan pelbagai model kecerdasan buatan.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan siapakah lagi yang akan menyertai dalam pelaburan ke dalam OpenAI ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved