Apple Diarahkan Membayar Cukai €13 Bilion Kepada Ireland

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 8:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini perlu membayar cukai berjumlah €13 bilion (~RM 62 bilion) kepada Ireland selepas Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah mendapati keputusan asal Suruhanjaya Eropah (EC) menyuruh ia dibayar pada tahun 2016 perlu diteruskan. Ini adalah kerana EC mendapati Ireland memberikan pelepasan cukai kepada Apple antara tahun 1991 hingga 2014 yang dikatakan sebagai tidak adil kepada syarikat lain.

image is not available

Selepas arahan diberikan pada tahun 2016, Apple telah melakukan rayuan dan Mahkamah Agung Kesatuan Eropah pula membatalkannya kerana EC gagal membuktikan Apple menerima layanan istimewa daripada Ireland dari sudut percukaian. EC melakukan rayuan semula dan Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah bersetuju dengan keputusan asal 2016.

Apple mengeluarkan kenyataan mereka kecewa dengan keputusan hari ini kerana sebelum ini Mahkamah Agung menyemak fakta dan membatalkan kes ini secara mutlak dan menegaskan mereka tidak pernah ada perjanjian istimewa.