Google Turut Perlu Membayar Denda €2.42 Bilion Kerana Anti Persaingan Di Eropah

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 8:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan Apple sahaja yang menerima berita buruk pagi ini kerana Google juga diarahkan oleh Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah supaya membayar denda €2.42 bilion yang dikenakan oleh Suruhanjaya Eropah (EC) pada tahun 2017. Denda dikenakan kerana Google didapati melakukan amalan anti persaingan.

image is not available

Mahkamah mengatakan undang-undang EU tidak menghukum kewujudan syarikat yang dominan di pasaran tetapi menghalang sebarang amalan untuk mengeksploitasi kedudukan mereka seperti yang telah dilakukan oleh Google ke atas pesaing.

Pada tahun 2017, EC mendapati Google menyalahgunakan dominasi mereka apabila mempromosikan perkhidmatan perbandingannya harga jualan milik mereka sendiri dalam hasil carian dan merendahkan kedudukan perkhidmatan perbandingan pesaing.

Ia sekaligus menafikan peluang syarikat lain untuk bersaing secara adil. Pada masa yang sama Google menafikan pengguna di Eropah pilihan perkhidmatan yang terbaik dan bermanfaat.