Apple Dijangka Perkenal Ciri iCloud Baharu Untuk Menjemput Orang Ke Mesyuarat Dan Acara

TechnologyDigital
3 Feb 2025 • 7:28 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple kini dilaporkan dalam fasa terakhir sebelum memperkenalkan sebuah ciri baharu kepada para pengguna iCloud, dalam menjemput pihak lain ke sesuatu acara atau mesyuarat. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada ciri baharu ini akan ditawarkan melalui aplikasi berasingan, atau diintegrasikan pada aplikasi sedia ada seperti Apple Calendar atau iMessage.

image is not available

Menurut Bloomberg, ciri ini dijangka diperkenalkan seawal minggu ini, dan dijangka ia disertakan melalui iOS 18.3 untuk iPhone. Penawaran ini juga dijangka memudahkan lagi proses menjemput dan menguruskan senarai rakan-rakan atau pihak lain berbanding penggunaan aplikasi kalendar sedia ada.

Dengan perkembangan ini, sama-sama kita nantikan ciri baharu ini diperkenalkan oleh Apple seawal minggu ini.