Apple Dijangka Perkenal Siri Mac Baharu Pada Oktober 2024

TechnologyDigital
3 Sep 2024 • 5:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple sedia menjadualkan acara khas pada minggu hadapan, dimana siri iPhone 16 dijangka diperkenalkan secara rasminya. Tidak setakat itu, Apple juga akan seperti tahun sebelumnya dijangka akan mengadakan sebuah lagi acara khas pada bulan Oktober 2024 kelak.

Pada acara Oktober 2024 kelak, Apple dilaporkan akan memperkenalkan kemaskini siri Mac yang dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple M4. Penggunaan cip baharu ini juga dijangka turut akan memfokuskan kepada penawaran sokongan kecerdasan buatan melaluinya.

Ia dikatakan Apple akan memperkenalkan MacBook Pro baharu dikuasakan dengan cip pilihan sehingga M4 Pro dan M4 Max, selain iMac dengan cip M4, dan juga Mac Mini dengan cip M4 yang menawarkan rekaan serba baharu.

Dengan perkembangan ini, sekiranya anda merancang untuk mendapatkan Mac baharu dalam masa terdekat, mungkin boleh menangguhkan ia selama sebulan dua, dan menantikan kejutan yang disediakan oleh Apple kelak.