Apple Dijangka Sertakan Bateri Sehingga 5200mAh Pada iPhone 18 Pro Max

TechnologyDigital
7 Feb 2026 • 5:07 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple pada iPhone 18 Pro dijangka akan memfokuskan kepada penawaran bateri bersaiz lebih besar, tetapi masih jauh berbanding penawaran beberapa pengeluar lain yang menawarkan bateri sehingga 10,000mAh.

Mengikut desas-desus awal, Apple dijangka akan menyertakan bateri sehingga 5000mAh pada iPhone 18 Pro Max yang menyertakan slod kad-SIM, dan sehingga 5200mAh pada model dengan hanya eSIM.

image is not available

Ini adalah penambah-baikkan yang lebih tinggi, berbanding hanya 4823mAh pada iPhone 18 Pro Max yang menyertakan slot kad SIM, dan 5088mAH pada versi eSIM.

Salah satu kelebihan pada Apple ialah mereka melakukan pengoptimasian pada sistem operasi, membolehkan peranti dapat digunakan sepanjang hari tanpa masalah. Dengan bateri bersaiz lebih tinggi, ia dijangka membolehkan ia digunakan lebih lama, dan turut boleh melakukan tugasan lebih berat tanpa risau akan bateri habis awal.

Apa pun, seperti biasa kita nantikan pengenalan iPhone 18 Pro Max sekitar September atau Oktober kelak.