
Apple kini dilaporkan dalam persediaan akhir untuk pelancaran komputer riba berkuasa terbaru mereka dibawah siri MacBook Pro. Mengikut spekulasi dan ramalan ramai, Apple dijangka memperkenalkan komputer riba MacBook Pro dengan cip M5 Pro dan M5 Max seawal Februari atau Mac 2026 ini.
Untuk makluman, Apple sedia memperkenalkan MacBook Pro dengan cip M5 pada Oktober 2025 lepas. Model baharu ini dijangka hadir dengan cip lebih berkuasa, membolehkan pengguna melakukan sejumlah perkara dengan lebih pantas dan efisien menggunakannya.

Dari segi rekaan dan lain-lain, Apple dijangka mengekalkanya. Kemaskini pada rekaan dan lain-lain dijangka diperkenalkan pada komputer riba generasi akan datang menggunakan cip M6 kelak.
Dengan laporan baharu ini, sekiranya anda berhasrat mendapatkan komputer riba MacBook Pro baharu, mungkin boleh nantikan beberapa minggu lagi sebelum membuat keputusan akhir.


