Apple Dikatakan Mungkin Perkenal iPhone Boleh-Lipat Seawal 2026

TechnologyDigital
6 Mar 2025 • 7:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penganalisa popular, Ming-Chi Kuo kini hadir dengan jangkaan terbaru, mengatakan Apple akan memperkenalkan iPhone boleh-lipat, menjelang penghujung 2026 kelak.

Ia dikatakan akan membawa tanda harga yang tinggi, melangkaui RM9,000. Apple menyasarkan supaya iPhone boleh-lipat tiada sebarang kesan lipatan ditengahnya – salah satu masalah yang belum diatasi oleh pelbagai pengeluar buat masa ini.

Disamping itu, Apple mungkin membuang Face ID pada iPhone boleh-lipat ini, dan menggantikan ia dengan Touch ID pada butang kuasa di bahagian tepi. Face ID dikatakan tidak boleh disertakan disebabkan faktor ketebalan.

iPhone boleh-lipat ini boleh dibuka dan menjadi sebuah peranti bersaiz sekitar iPad Mini. Ini membolehkan pengguna mendapatkan dua mod peranti dengan hanya mendapatkan iPhone boleh-lipat ini.

Apple dijangka memperkenalkan ia seawal 2026, dengan lebih memfokuskan kepada jualan sekitar 2027 kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved