Apple Dikatakan Tawar Untuk Melabur $100 Juta Di Indonesia Untuk Atasi Pengharaman iPhone

TechnologyDigital
19 Nov 2024 • 10:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Indonesia sedia mengharamkan penjualan iPhone, disebabkan Apple tidak memenuhi keperluan pelaburan mereka. Kini, selang beberapa minggu, hadir laporan baharu mengatakan Apple ingin meningkatkan pelaburan di Indonesia daripada sepatutnya sekitar $10 juta, kepada $100 juta.

Apple dijangka melakukan pelaburan sekitar $100 juta di Indonesia dalam tempoh dua tahun akan datang. Kerajaan Indonesia sendiri dikatakan meminta Apple lebih memfokuskan pelaburan kepada penyelidikkan dan pembangunan di negara tersebut.

Buat masa ini, ia dikatakan Apple sedang menantikan pengesahan daripada pihak Indonesia berkenaan cadangan pelaburan ini. Indonesia sedia menetapkan syarat untuk syarikat antarabangsa melakukan sejumlah pelaburan di negara tersebut sebelum dapat menjual peranti keluaran masing-masing di negara tersebut. Dengan angka penduduk yang ramai di Asia Tenggara, nampaknya langkah Indonesia ini membuahkan hasil apabila pelbagai syarikat mula melakukan pelaburan di negara tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved