Supaya Iphone 16 Boleh Dijual, Apple Pertimbang Labur USD10 Juta Buka Kilang Di Indonesia

LocalTechnology
7 Nov 2024 • 11:24 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan South China Morning Post, Apple sedang pertimbangkan pelaburan sebanyak USD10 juta di Indonesia bagi tujuan menangani penjualan Iphone terbaru di negara tersebut.

Difahamkan, cadangan tersebut melibatkan kerjasama dengan pembekal bagi membuka sebuah kilang di Bandung iaitu ibu kota Jawa Barat.

Kementerian Industri Indonesia sudah menerima cadangan tersebut selepas menafikan permit penjualan Iphone 16 kerana syarikat Apple tidak mematuhi peraturan tempatan yang telah dilaksanakan oleh Indonesia.

Kami sudah mendengar dan sudah menghubungi [Apple]. Tapi ini kita akan bincang lebih lanjut nanti.

Kata Timbalan Menteri Industri Indonesia, Faisol Riza, nasib penjualan Iphone 16 bakal diumumkan oleh Menteri Perindustrian (Menperin), Agus Gumiwang Kartasasminta.

image is not available 4 weeks ago

"Selagi Apple Tak Labur RP235 Bilion, Iphone 16 Dilarang Jual Di Jakarta" - Menteri Perindustrian Indonesia