Apple Dilaporkan Akan Kembali Menggunakan Cip Keluaran Intel

TechnologyBusiness & Finance
2 Dec 2025 • 5:34 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple berhenti menggunakan cip keluaran Intel pada produk Mac mereka sejak 2020 kerana digantikan dengan cip Apple M1. Ia adalah perubahan menyeluruh ke senibina Arm dan membolehkan cip khusus untuk keperluan mereka dikawal sepenuhnya. Tetapi menurut penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo, Apple akan kembali menggunakan cip yang dikilangkan oleh Intel menjelang pertengahan 2027.

image is not available

Apple menurut beliau, sedang berbincang untuk menggunakan faundri Intel bagi mengeluarkan cip Apple M6 atau M7. Teknologi Intel 18A akan digunakan bagi mengilangkan cip-cip ini di Amerika Syarikat. Pada ketika ini, cip Apple M dikilangkan oleh TSMC menerusi faundri mereka di Taiwan dan Arizona.

Dengan menggunakan faundri Intel, Apple dilihat mampu memenuhi keperluan pentadbiran Donald Trump yang ingin pengilangan teknologi canggih dikembalikan semula ke Amerika Syarikat. Bagi Intel pula mereka dapat kembali bekerjasama dengan Apple dan mendapatkan pelanggan untuk perniagaan faundri mereka.