Siri CPU Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Acara CES 2026

Technology
21 Nov 2025 • 12:02 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Intel hari ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengatakan bahawa siri cip pemprosesan komputer riba generasi terbaru mereka, Intel Core Ultra 300 “Panther Lake” akan dilancarkan secara rasmi sewaktu acara teknologi Consumer Electronics Show 2026 di Las Vegas pada 5 Januari 2026.

Intel Core Ultra 300 merupakan generasi ketiga siri cip pemprosesan Intel Core Ultra dan dihasilkan menggunakan proses penghasilan cip semikonduktor Intel 18A yang terbaru, mengembalikan pengeluaran cip pemprosesan secara “in-house” sepenuhnya, setelah menggunakan khidmat TSMC untuk dua cip pemprosesan Intel Core Ultra sebelum ini.

image is not available

Sewaktu acara tersebut, Intel dijangka akan memperlhatkan penawaran penuh siri cip pemprosesan Intel Core Ultra 300, yang mungkin akan terdiri dengan beberapa model baru dibawah nama Intel Core Ultra X yang dijangka akan menguasakan komputer riba kelas premium dan berkuasa tinggi pada tahun hadapan.

Ia juga dijangka bahawa para pembuat komputer riba seperti Acer, ASUS, Dell, HP, MSI dan sebagainya akan memperlihatkan penawaran komputer riba Intel Core Ultra 300 mereka sendiri. Sebelum ini, Acer sudahpun memperlihatkan penawaran mereka sendiri melalui komputer riba Acer Swift 16 AI.