Apple Dilaporkan Ingin Mendapatkan Hak Siaran Perlumbaan Formula 1 Di Apple TV+

TechnologyDigital
9 Jul 2025 • 1:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple baru-baru ini mencuri perhatian ramai melalui filem terbaru, F1 yang dibintangi Brad Fit. Filem berkenaan ditayangkan di pawagam terlebih dahulu, sebelum akan ditawarkan melalui Apple TV+.

Selari dengan tema berkenaan, kini ia dilaporkan Apple dalam perbincangan untuk mendapatkan hak siaran untuk menyiarkan perlumbaan Formula 1. Berkemungkinan besar, buat fasa awal, hak siaran berkenaan adalah untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Apple sebelum ini sedia menambah siaran beberapa acara sukan melalui Apple TV+, dan ini akan memberikan lebih banyak kandungan kepada pelanggan perkhidmatan penstriman berkenaan. Ini juga akan terus memperluaskan katalog mereka, selain daripada siri-TV dan juga filem.

Pada hari ini, hak siaran F1 dipegang oleh ESPN yang dimiliki Disney.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved