Apple Dilaporkan Membangunkan Loceng Pintu Pintar Dilengkapi Pengecaman Wajah

TechnologyDigital
23 Dec 2024 • 7:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amazon sedia menawarkan sokongan loceng pintu pintar yang dilengkapi dengan kamera, memudahkan untuk mengetahui apabila penghantaran barangan berlaku. Tidak setakat Amazon, kini Apple turut dilaporkan sedang membangunkan loceng pintu pintar yang hadir dilengkapi dengan sokongan pengecaman wajah seumpama Face ID.

image is not available

Dengan adanya produk baharu ini, ia akan memudahkan pengguna memasuki rumah secara automatik selepas imbasan wajah, lebih kurang sama seperti Face ID. Ini turut akan membawa kepada sokongan nirkunci untuk rumah. Apple dijangka menawarkan teknologi pengecaman wajah, dan diintegrasikan bersama penawaran loceng pintar.

Menurut Bloomberg, pembangunan loceng pintu pintar ini pada peringkat awal, dan mungkin hadir seawal penghujung 2025 kelak. Ia juga dijangka menggunakan pelbagai komponen dan cip yang dibangunkan oleh Apple sendiri.

Produk ini juga dijangka menjadi antara produk ditawarkan oleh Apple dalam memfokuskan kepada pasaran rumah pintar seawal tahun hadapan. Menurut laporan sama, ia turut diperkatakan Apple mungkin bekerjasama dengan pihak lain untuk mengelak penggunaan jenama mereka bagi loceng pintu pintar ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved