Apple Watch Mungkin Menyokong Ciri Pemantauan Tekanan Darah Menjelang Tahun 2025

TechnologyDigital
11 Dec 2024 • 10:26 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung dan Huawei sudah pun menawarkan ciri pemantauan tekanan dara pada jam tangan pintar masing-masing, tetapi Apple Watch yang merupakan antara produk paling popular masih tidak. Apple dikatakan telah membangunkan ciri ini sejak beberapa tahun lepas lagi namun ia masih tidak dilancarkan sehingga hari ini. Laporan terkini dari Bloomberg menyatakan ia mungkin akan tiba pada tahun 2025.

image is not available

Apple menjadi Apple, mereka dikatakan tidak akan memaparkan data sistolik dan diastolik seperti peranti menyemak tekanan darah yang digunakan oleh pakar perubatan. Sebaliknya hanya mengukur trend tekanan darah sama ada akan berlaku atau tidak masalah hipertensi. Jika ada, watchOS akan memberi amaran kepada pengguna dan data akan disimpan untuk rujukan bersama pakar perubatan.

Ciri ini dikhabarkan mungkin tiba pada Apple Watch Ultra 3 dan juga pada Apple Watch generasi baharu. Jam Apple Watch telah terbukti banyak membantu orang ramai dari seg masalah kesihatan kerana sensor dan algoritma yang digunakan. Sama-sama kita nantikan versi baharu ini nanti.