Apple sedang membangunkan skrin pintar dengan ura-ura mengatakan ia terdiri daripada sebuah skrin iPad yang diletakkan di hujung lengan robot yang berpusing mengikut pergerakan pengguna. Ura-ura pembangunan skrin pintar dengan lengan robotik ini sudah didengari sejak dua tahun lalu. Pagi ini Bloomberg melaporkan pelancarannya telah ditangguhkan.

Ini adalah bagi memberikan ruang kepada Siri dengan ciri dipertingkatkan dilancarkan terlebih dahulu. Pembangunan Siri yang lebih pintar ini telah tertangguh lebih setahun kerana tidak memenuhi piawaian yang ditetapan sendiri oleh Apple. Ia hanya akan dilancarkan tahun ini dengan bantuan integrasi Google Gemini.
Di Gemini, ciri yang serupa telah dilancarkan sebagai Personal Intelligence pada peranti Pixel dan Gaalxy S26 di Amerika Syarikat sahaja setakat ini. Dengan Personal Intelligence, Gemini akan akhirnya menjadi ejen AI yang boleh melakukan pembelian barang dan memesan kenderaan seru pandu dengan hanya arahan suara pengguna.
Siri yang lebih bijak perlu dilancarkan kerana ia akan menjadi tiang seri kepada beberapa produk masa depan Apple seperti cermin mata pintar. Tanpanya ciri kompleks arahan suara tidak dapat dilakukan.
