Apple Perkenal iPhone 17e Dengan MagSafe – Harga Bermula RM2,999

TechnologyDigital
2 Mar 2026 • 10:49 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apple hari ini memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri “e” mereka, iaitu iPhone 17e. Ia menawarkan sejumlah kemaskini berbanding iPhone 16e, termasuk sokongan prestasi lebih pantas, kamera yang dikemaskini, sokongan MagSafe, dan juga storan bermula 256GB.

image is not available

Apple iPhone 17e ini hadir dengan skrin 6.1-inci Super Retina XDR, dikuasakan dengan cip Apple A19, serta dilengkapkan bersama modem yang dibangunkan Apple sendiri, iaitu C1X. Melengkapkan ia juga adalah kamera 48-megapixel Fusion di bahagian belakang, yang turut boleh merakamkan gambar telefoto 2x.

Model iPhone 17e ini kali ini turut menawarkan sokongan MagSafe yang memudahkan anda menyambungkan aksesori dengan mudah secara magnetik pada bahagian belakang iPhone 17e. Disamping itu, sokongan pengecasan nirwayar juga ditambah-baik pada model kali ini.

image is not available

Di Malaysia, iPhone 17e ini ditawarkan pada harga bermula RM2,999 untuk storan 256GB. Ia boleh dipra-tempah bermula 4 Mac 2026, dan akan dijual bermula 11 Mac 2026.