
Apple dilaporkan sedang meninjau semula strategi reka bentuk peranti boleh pakai dengan pendekatan menyeluruh. Langkah ini bukan sekadar memperbaharui model sedia ada tetapi turut membuka ruang kepada konsep baharu yang lebih malar segar. Antara cadangan yang sedang dipertimbangkan termasuk penjejak kesihatan tanpa skrin yang berpotensi menyaingi jenama khusus seperti Whoop dan Fitbit.

Dalam masa sama, Apple kini dilaporkan sedang menguji reka bentuk bulat untuk Apple Watch meskipun model tersebut tidak dijangka akan dipasarkan dalam masa terdekat. Syarikat itu turut merancang untuk memperluaskan barisan produknya dengan memperkenalkan model tambahan yang lebih mampu milik berbanding rangkaian SE, di samping varian premium berkerangka seramik.

Langkah ini memperlihatkan komitmen Apple untuk mematangkan barisan Apple Watch sekali gus menjadikannya lebih relevan dan selari dengan keperluan masa hadapan.
Sumber – GSMArena





