Apple Dilaporkan Sedang Membangunkan Rekaan Bateri iPhone Mudah Diganti

TechnologyDigital
28 Jun 2024 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak tiga tahun lepas, Apple telah mula menawarkan program baik-pulih kendiri untuk produk-produk mereka di negara terpilih. Kemudian beberapa model iPhone seperti iPhone 14 Plus dan iPhone 15 Pro menggunakan rekaan yang memudahkan panel skrin dan kaca belakang dibuka. Dengan Kesatuan Eropah mewajibkan bateri boleh ganti pada peranti menjelang tahun 2027, Apple baru-baru ini dilaporkan sedang merekabentuk semula bateri iPhone.

image is not available

Rekaan bateri sekarang adalah komponen dilindungi dengan sejenis kerajang (foil) kemudian di belakang ada pelekat elastik. Rekaan baharu dikatakan komponen bateri akan dilindungi dengan kepingan logam dan ia akan melekat pada peranti dengan kaedah electrically induced adhesive debonding. Untuk menggantikan bateri, kejutan elektrik kecil akan dikenakan. Walaupun rekaan ini lebih mudah, membuka peranti masih memerlukan alatan khas kerana terdapat pelekat untuk gam skrin dan perlindungan kalis air dan debu.

Apple dikatakan akan menggunakan rekaan baharu bateri ini pada iPhone 16 terpilih sebelum menggunakannya pada kesemua iPhone 17. Agak menarik untuk melihat bateri peranti yang dilekatkan tanpa sebarang gam atau pelekat sebaliknya menggunakan tenaga elektrik.