Tawaran Apple Pay Later Dihentikan – Akan Diganti Dengan Pinjaman Perbankan

TechnologyDigital
18 Jun 2024 • 5:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penawaran BNPL oleh Apple yang dinamakan Apple Pay Later diumumkan sewaktu acara WWDC 2022, dimana para pelanggan Apple boleh membeli produk-produk mereka dan membayarnya secara ansuran dalam enam minggu.

Hanya beberapa bulan selepas ia dilancarkan pada bulan Oktober 2023, Apple nampaknya telah menarik balik penawaran tersebut, seperti apa yang disahkan oleh 9to5Mac. Pihak Apple mengesahkan bahawa Apple Pay Later tidak lagi ditawarkan untuk pelanggan baru, tetapi mereka yang sudahpun membeli peranti Apple menggunakannya tidak terkesan, dan masih lagi perlu membayar untuk produk-produk yang dibeli dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Apabila ditanya samada Apple akan menawarkan sesuatu yang baru untuk menggantikan Apple Pay later, mereka mengatakan dalam masa beberapa bulan ini, para pelanggan Apple boleh mendapatkan pinjaman melalui bank-bank tempatan mereka secara global apabila mereka membeli produk Apple menggunakan Apple Pay.

Ia akan bermula dengan beberapa bank di Australia dan New Zealand, Sepanyol, United Kingdom dan juga Amerika Syarikat.